Buletin Semarak Api

BULETIN SEMARAK API


PELANTAR NELAYAN BARU KAMPUNG PASANG API.
Kampung Pasang Api : Kampung Pasang Api baru-baru ini telah didatangi oleh Pegawai LKIM ibupejabat Kuala Lumpur yang diiringi oleh wakil Persatuan Nelayan Bagan Datoh melihat Pelantar Nelayan kampung yang ada . Pegawai LKIM tersebut telah berjumpa dengan Tn. Hj. Uzir dan memberi jaminan akan membina Pelantar Nelayan baru pada masa terdekat ini. Diharap warga nelayan kampung ini bersabar !!!!!! Setiausah UMNO Bahagian mengumumkan Pelantar Nelayan Kg. Pasang Api dengan peruntukan RM 150,000.00 akan dibina pada tahun 2009 ini.

"KARNIVAL INTERAKSI JKKKP KAMPUNG PASANG API 2009"
Kampung Pasang Api: Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKKP ) Kampung Pasang Api telah membuat cadangan untuk menganjurkan satu Majlis “KARNIVAL INTERAKSI JKKK KAMPUNG PASANG API 2009” dalam mesyuarat JKKKP kali ke-3 /2009 pada 2hb Aprill 2009 baru-baru ini. Majlis ini akan diadakan selama sehari iaitu pada 27hb Jun 2009 (SABTU). Pelbagai acara dan pertandingan telah dicadangkan antaranya adalah Pertandingan Playstation 2 “FIFA 2009”, Chess, Memancing, Sukaneka Air, Majlis Ceramah, Gerai Jualan, Pameran dan lain-lain lagi. Majlis ini akan diadakan di Suaru Al-Bahriah, Kampung Pasang Api dan kawasan parit kunci air berhampiran surau. Kepada penduduk kampung yang berminat untuk menyertai pertandingan dalam majlis ini boleh mendaftarkan diri semasa hari pertandingan atau melalui SMS seperti yang diiklankan oleh pihak urusetia karnival ini. Pihak JKKK berharap semua warga penduduk kampung pasang api dan kampung berhampiran dapat datang beramai-ramai ke majlis yang dianjurkan ini bagi bersama-sama memeriahkanya.


PEMBERSIHAN KAWASAN MUARA SUNGAI DAN PARIT KUNCI AIR KAMPUNG PASANG API OLEH PIHAK JPS.
Kampung Pasang Api: Pihak JKKK kampung Pasang Api mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPS yang perihatin dengan surat permohonan yang telah dibuat oleh JKKKP sebelum ini bagi melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan muara sungai dan parit kunci air kampung ini. Diharapkan kerjasama JKKKP dan JPS ini akan berterusan pada masa hadapan.

PERTANDINGAN LAMAN SAYUR @ EDIBLE GARDEN ANJURAN PPK BAGAN DATOH.
Kampung Pasang Api : Unit Peladang Kampung Pasang Api telah menyahut cabaran PPK Bagan Datoh dengan menyertai Pertandingan Bumi Hijau @ Edible Garden dengan memilih lima orang peserta dari ahli unit peladang Kampung Pasang Api. Mereka yang terpilih adalah En. Yahya Tasir, En. Abd. Majid Shahudin, Hjh. Aminah, Pn. Sabariah Baharom Shah dan En. Idris Abd. Manaf. Pihak JKKK dan Unit Peladang berharap mereka yang mewakili kampung ini dapat menyediakan tapak semaian masing-masing dengan tanaman sayur-sayuran yang terpilih.SEMOGA BERJAYA !!!

DEWAN ORANG RAMAI DIBINA BARU!
Kampung Pasang Api .Jan2010: Dewan Orang Ramai Kampung Pasang Api yang baru telah siap dibina pada awal tahun 2010 ini dengan peruntukan sebanyak RM$ 100,0000. Dewan Orang ramai yang lama telah diruntuh dan tapak Dewan Baru dibawa ke belakang sedikit bagi memuatkan saiz padang Futsal yang telah dimohon oleh pihak JKKK kampung kepada Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini. Semoga permohonan ini diluluskan oleh Kementerian. Majlis Perasmian Dewan Orang Ramai yanng baru ini akan diadakan pada awal tahun 2010.

KELAS SILAT BETAWI.
Kampung Pasang Api. Jan 2010: Pihak JKKK melalui Biro Belia telah mencadangkan untuk mengadakan kelas seni silat Betawi di kampung ini. Biro Belia kini sedang mengumpul nama-nama mereka yang berminat untuk kelas seni silat ini. Mereka yang berminat sila hubungi Sdr. Idris Bin Abdul Manaf.

"MAJLIS MESRA RAKYAT, 1 MALAYSIA DAN PERASMIAN DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG PASANG API" 24HB APRIL 2010 (SABTU).
Kampung Pasang Api.Aprii 2010: Pihak JKKK dengan kerjasama KEMAS akan menganjurkan satu "Majlis Mesra Rakyat, 1 Malaysia dan Perasmian Dewan Orang Ramai Kampung Pasang Api" pada 24hb April 2010 (Sabtu). Aturcara majlis pada hari itu seperti berikut:
9.00pagi-12.00t/hari- Aktiviti Gotong-royong Kawasan Kampung.
3.00-5.30ptg - Majlis Perasmian Dewan Orang Ramai Kampung Pasang Api oleh YB Dato' Hj. Saarani Bin Mohamad. (ADUN) Rungkup.Merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh. Semua Penduduk kampung dijemput hadir termasuk anak-anak rantau yang berada di luar Bagan Datoh dijemput hadir ke Majlis tersebut. Cabutan bertuah akan diadakan bagi mereka yang hadir semasa sesi Aktiviti Gotong-royong dan semasa Majlis Perasmian Dewan Orang Ramai nanti!!!

No comments:

Post a Comment