SEJARAH KAMPUNG
Sebuah Kampung Nelayan dan Pertanian yang terletak 1.5km dari Pekan Bagan Datoh, Perak.Darul Ridzuan. Masyarakat pelbagai kaum kerana ada petempatan kaum Cina, 90% adalah kaum Melayu. Terdapat lebih 80 buah rumah. Kebanyakan golongan muda telah berhijrah kerana mencari sumber ekonomi yang lebih baik.Kampung Pasang Api adalah berhampiran
dengan Pekan Bagan Datoh dan di muara Sungai Perak. Ianya telah sekian lama
wujud sebelum kedatangan penjajah dan adalah sebuah perkampungan tradisional. Menurut
cerita secara lisan mengatakan bahawa nama Kampung Pasang Api ini diilhamkan
sempena dengan rumah api yang telah didirikan berhampiran pantai kampung ini
dan ianya bertujuan bagi memberi panduan kepada para nelayan serta kapal dagang
sebagai arah tuju ke pantai Bagan Datoh pada masa itu. Kampung Pasang Api
dibuka oleh seorang yang bernama Tok Kelah dan beliau berasal dari Sungkai, Perak.
Beliau bersama-sama pengikutnya telah berhijrah dari Sungkai ke Kampung Gajah dan
ke Teluk Batu, Pasir Panjang, Setiawan. Maka dari situlah beliau dan para
pengikutnya berhijrah ke kuala sungai perak dan membuka Kampung Pasang Api ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment