Limau Lelang adalah buah limau yang terdapat tumbuh liar di kawasan paya air masin terutama dikawasan tumbuhan bakau. Ia hidup di kawasan pertemuan air masin dan air tawar terutama di kawasan muara sungai. Muara Sungai Perak di kampung Pasang Api ini dikenalpasti mempunyai tumbuhan spesies ini. Ianya dianggap misteri kerana ia terkenal sebagai salah satu bahan untuk perubatan tradisional yang membabitkan alam ghaib. Terdapat pencari buah limau lelang yang sukar untuk mendapatkan buahnya kerana dipercayai ianya dijaga oleh Bunian atau ada penjaganya. Adalah sukar untuk mendapatkan buah limau ini keran pencarinya akan melalui kawasan paya yang berselut dan dipenuhi dengan binatang liar seperti ular kapak dan sebagainya. Kampung Pasang Api, di bagan Datok ini menjadi tumpuan pencari buah limau lelang ini. Terdapat pencari bauah limau ini datang dari Kuala Kubu Baharu, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan sebagainya. Sila klik kat Pages FB/LimauLelang untuk mendapatkan Info berkaitan Limau Lelang!!! http://www.facebook.com/LimauLelang
Semoga pencarian anda ditemui melalui blog dan pages FB ini!!!!
No comments:
Post a Comment