*NELAYAN
-Kebanyakan nelayan kampung ini menjadi anggota Persatuan Nelayan Kawasan Bagan Datoh.
-Yusof Bin Ariffin merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PNK Bagan Datoh
merupakan seorang nelayan kampung Pasang Api.
-Pada awal tahun 2009 pihak JKKKP Kampung Pasang Api telah menghantar surat
permohonan kepada Ketua Pengarah LKIM untuk membina Pelantar @ Bangsal Nelayan baru
bagi mengantikan Pelantar yang sediada yang telah uzur.
-Pada 27hb Jun 2009 lalu semasa perasmian "Karnival Interaksi JKKKP 2009" Setiausaha
Khas YB Dato' seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hj. Hamidi telah mengumumkan Projek Membina
Pelantar Nelayan Kg. Pasang Api dengan kos RM$ 150,000.00 telah diluluskan !
-Kebanyakan nelayan kampung ini mempunyai sampan sendiri dan telah mendapat lesen
sampan mereka dari Jabatan Perikanan.
-Mereka kebanyakannya adalah nelayan pesisir pantai yang menankap hasil laut dengan
menggunakan pukat, rawai, bubu, pancing dan jala.
-Nelayan yang aktif menjala udang di kampung ini adalah En. Ismail Mohamad, En. Napawi
Hamzah dan En. Yusof Huri serta En. Mohamad @Hassan Bee.
*PERTANIAN
-Antara tanaman yang dijalankan di kampung ini adalah pokok kelapa, kelapa sawit dan pisang.
*Perniagaan
*Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
*Perkhidmatan
No comments:
Post a Comment