*"Karnival Interaksi JKKKP 2009"
Tarikh: 27hb Jun 2009 ( Sabtu )
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang.
Tempat: Halaman Surau Al-Bahriah dan Parit Kunci Air
Perasmian - Pembukaan: YB Dato' Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hj. Hamidi.
(Menteri Pertahanan Malaysia)
Perasmian - Penutup : YB Datuk Hj. Saarani Mohamad.
( ADUN Rungkup )

Program komuniti penting satukan masyarakat: Uzir Fakir
BAGAN DATOH - Program komuniti sangat penting dalam usaha menyatukan masyarakat kampung yang berlainan bangsa, agama dan fahaman politik kerana aktiviti seperti itu memberikan kesan yang besar terhadap penduduk kampung. Ketua Kampung Pasang Api, Uzir Fakir Mohamad berkata, program komuniti sebenarnya memberikan peluang kepada penduduk kampung untuk berinteraksi dan beramah mesra di antara satu sama lain. Menurutnya, perpaduan kaum perlu dibentuk di setiap peringkat sama ada peringkat kampung, Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen, negeri dan negara kerana kejayaan Malaysia hari ini adalah disebabkan perpaduan. “Kita adakan pelbagai program mengikut khalayak atau peringkat umur ahli masyarakat di kawasan ini dan antara program yang dilaksanakan seperti program keagamaan, sukan, kesenian dan sebagainya. “Perpaduan dalam kalangan penduduk kampung penting dalam usaha memastikan keadaan kampung menjadi lebih harmoni dan selamat kerana masyarakat saling kenal dan faham memahami antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada perasmian Karnival Interaksi JKKKP Kampung Pasang Api 2009 di Kampung Pasang Api, di sini, semalam. Uzir berkata, program seperti karnival itu sangat penting untuk mewujudkan suasana muhibah dalam kalangan penduduk kampung di samping mewujudkan hubungan mesra dalam kalangan belia dan golongan dewasa. Mengenai karnival yang diadakan, beliau berkata, program itu telah lama dirancang untuk diadakan kerana kekangan masa dan masalah tertentu yang memaksa karnival berkenaan ditangguhkan. Menurut Uzir, program itu adalah usaha murni pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang mahukan masyarakat di kawasan itu bersatu dan memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang diadakan. “Pihak kami mahukan penglibatan golongan muda terutama belia dalam aktiviti seperti ini supaya mereka tidak terjebak dan terpengaruh dengan unsur-unsur yang boleh membinasakan diri sendiri serta masyarakat. ‘Walaupun karnival ini pertama kali diadakan, sambutan dan sokongan daripada masyarakat kampung sungguh menggalakkan terutama golongan remaja dan belia,” katanya. Beliau berkata, belia di Kampung Pasang Api aktif mengadakan aktiviti, tetapi menghadapi masalah untuk menganjurkannya kerana kurangnya kemudahan asas untuk mereka mengadakan program.

Aktiviti :
1. Sukaneka
2. Pertandingan Playstation 2 (Bolasepak)
3. Sukaneka Air.
Liputan Berita :

1. Suratkhabar "Sinar Harian"
2. Bernama TV
2. Bernama TV
*Aktiviti Sukan Terkini:
Pada 12hb Julai 2009 (Ahad) Pemuda @belia kampung telah menghantar 6 regu sepaktakraw untuk bertanding di Kg. Sg. Lancang. Pertandingan Sepaktakraw DUN Rungkup ini dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rungkup bagi merebut Piala Datuk Hj. Saarani Mohamad (ADUN) Rungkup. Semoga berjaya..!!!
No comments:
Post a Comment