SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI !

Pengerusi dan AJK JKKK Kampung Pasang Api mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Bahagian Bagan Datoh terutama kepada YB Dato' Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian dan YB Dato' Hj. Shaarani Mohamad, ADUN Rungkup merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh yang menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada warga desa Kampung Pasang Api semasa bulan Ramadhan lalu. Juga kepada En. Rafaei Abd Aziz, ahli perniagaan merupakan anak rantau di Taiping yang memberi sumbangan beras kepada warga desa Kampung Pasang Api baru-baru ini. Semoga perniagaan dan rezeki beliau berkembang dan bertambah maju. Kepada anak-anak rantau yang ingin dan akan pulang ke Kampung samada mereka yang bujang atau pun berkeluarga semoga perjalanan kalian selamat sampai ke kampung Pasang Api! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!
SILA JOINT- http://www.facebook.com/pages/KgPasangApi/153019634718012?v=wall&ref=mf.

No comments:

Post a Comment