24hb Julai 2011(AHAD), Program Mesra Rakyat 1Malaysia anjuran 4 cawangan Pemuda UMNO (Pasang Api, Pekan Bagan Datoh, Sg. Nipah Baroh dan Kuala Perak). Pengarah Projek iaitu Sdr. Idris Manaf , Exco Pemuda UMNO Bahagian merangkap Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pasang Api telah menubuhkan urusetia yang didokong oleh ke empat cawangan UMNO yang terlibat. Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hj. Sharaani Mohammad, ADUN Rungkup yang diiringi oleh Kapten(B) Tohak dan Pengerusi Belia Bagan Datoh, Sdr. Dr. Nik. Ucapan aluan daripada Ketua Kampung Pasang Api, Tn. Hj. Uzir Fakir Mohamad mengalukan kedatangan tetamu ke Kampung Pasang Api sebagai Tuan Rumah bagi Program tersebut. Antara aktiviti Sukan Air yang dijalankan adalah acara Ketegori Kanak-kanak: Menyelam Lama, Menyelam Jauh dan Berenang. Kategori Pemuda: Menyelam Lama, Menyelam Jauh, Berenang Jauh, Pukul Bantal dan Panjat Tiang Licin. Kategori Wanita: Rebut Kerusi Berirama dan Sampingan: Teka Biji Betik.
Semoga dengan adanya program ini dapat merapatkan kepimpinan UMNO bersama masyarakat setempat terutama bagi golongan remaja. Gambar aktiviti rujuk: http://www.facebook.com/pages/KgPasangApi/153019634718012
No comments:
Post a Comment