Mesyuarat JKKK bil 7/2011 yang diadakan pada 29hb Julai 2011(JUMAAT) telah bersetuju untuk menjayakan satu Majlis Berbuka Puasa di Surau Al-Bahriah Kampung Pasang Api. Untuk tujuan tersebut semua AJK bersetuju menyumbang RM 20 seorang untuk Majlis tersebut. Jamuan ini akan disediakan oleh En. Abdul Rahman Abd Hamid (AJK) dan antara menu yang dicadangkan adalah:
i. Nasi Putih
ii. Gulai Ikan
iii.Pajeri Nenas/Terung
iv.Udang Masak Sambal
v. Telur Masin
*Air Laici / Teh
*Kurma/Buah-buahan.
*AJK - digalakkan membawa kuih-muih.
KEPADA SEMUA WARGA KAMPUNG MARILAH BERAMAI-RAMAI MENGHADIRI MAJIS INI PADA 17HB OGOS 2011 (RABU) 7.00PM
AlhamduliAllah..... Majlis selamat dijalankan seperti dirancang..! Majlis dihadiri oleh tetamu luar antaranya Cikgu Mahmod (Gurubeso SKBD), Ketua Balai Polis BD dll. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Cho Dollah di dalam Surau Al-Bahriah. Selesai Tahlil dan Doa... majlis berbuka bermula apabila masuk waktu solat Magrib. Menu Jamuan:
ReplyDeletei. Nasi Putih
ii. Sup Daging + Sambal Kicap
iii.Ikan Bawal Masak Merah.
1v. Sambal Udang
v. Sayur Tumis Kobis+udang
vi. Kurma+Buah Melaka+Puding
vii.Ais Sarsi + Teh panas